Sunday, January 11, 2009

GURINDAM BARISAN




tidak berbuat walaupun tahu
ibarat ambil pengayuh buang perahu

tidak tahu tetapi berbuat
bagai kayuh perahu diatas darat

banyak cakap berdegar-degar
berkarung duit habis cakap orang tak dengar

tidak berfikir banyak membangkang
banyak pengundi lari kebarisan pembangkang

jika ilmu dikaji diteliti
segala cabaran senang dihadapi

bila rakyat tak lagi susah
sokongan barisan tentu bertambah

masuk pakatan yang bukan kukuh
bagai berpaut didahan rapuh

jika pemimpin tegap wibawa
seluruh rakyat tidak kecewa


Diolah dari:
Gurindam Barisan Hadapan
Karya Rahman Shaari
MISI,1997 (DBP)


Yang Kita Dengar:

Pak Lah kata apa salahnya dengan Wan Farid


Yang Kita Tahu:

Rakyat Terengganu Nak Zubir Embong


Yang Kita Bicara:

PL sentiasa jadikan citarasanya sebagai kayu ukuran bukan jadikan citarasa rakyat sebagai garis panduan. Jika dia suka, rakyat mesti kena suka. Pak Lah, dalam politik bukan begitu. Pemimpin yang kena ikut citarasa rakyat kerana itu adalah perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat atas tanggungjawab rakyat yang memilih pemimpin. Orang kata yang dua-dua ni tak usah datang KT, tapi dia orang tetap tak peduli.

No comments:

Post a Comment