Tuesday, December 30, 2008

YANGKITA, SELOKA PAS KADUK


Foto dari blog Master Dedah



Aduhai malang PAS kaduk
parti menang memerintahnya tidak

sesama melayu dipisahkan

yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran

mudik menongkah surut

hilir menongkah pasang

pemimpin sebangsa dijatuh

ketuanan digadaikan

(bagai) belayar kematian angin

sauh dilabuh bayu (pun) berpuput

akhirul kalam,

dinegara sendiri sama sebangsa jadi khadam.


(Diolah dari Puisi Melayu Traditional,1977 - DBP)


Yang Kita Dengar:

PAS berangan menang di P036


Yang Kita Tahu:

Menang di Kelantan dan Kedah tapi Hudud masih belum dikuat-kuasa


Yang Kita Bicara:

Baik hayati seloka 'PAS kaduk' diatas.

Friday, December 26, 2008

Yang Kita ..UMNO memang Goblog.


Pemimpin UMNO tak sayang parti



Kalau yang ini lebih pandai ber-blog, memang **** yang GOBLOG!



Yang Kita Dengar:

Larangan guna blog untuk kempen. (Baca sini)


Yang Kita Tahu:

Tak ramai pun pemimpin UMNO ada blog. Lebih tak ramai ahli UMNO di Bahagian dan Cawangan tak tau tentang blog.


Yang Kita Bicara:

MEMANG UMNO NI DAH GOLBLOG! (Baca sini) dan (Sini)

Kalau UMNO takut kalah dalam PRK P036 nanti, laranglah PAS dan PKR juga DAP guna blog.

Yang Kita .. Kata Perjuangan

Saya kalau UMNO terima saya masuk dan bagi jawatan PM,tentu saya tak payah lagi nak berjuang macam ni. Itu pasal saya lambat-lambat istihar masuk PKR tu. Saya kalau UMNO bagi bertanding lagi tentu saya tak masuk PKR.


Kalau UMNO bagi saya jadi calon, buat apa saya berjuang dalam PKR ni lagi.



Yang Kita Dengar:
Perjuangan Mereka Untuk Keadilan (semua)
(baca sini)


Yang Kita Tahu:
Perjuangan Mereka Kerana Kecewa (baca sini)


Yang Kita Bicara:
Kepentingan Diri Juga Satu PERJUANGAN ( yang sangat hina).
(Baca sini) Dato. Zahar Hashim masuk PAS kerana tak dapat tender.


Thursday, December 25, 2008

Yang Kita .. Ini Pun Perniagaan?




Yang Kita Dengar:

Menteri kata 'Pertanian Adalah Perniagaan"


Yang Kita Tahu:

Kempen Politik juga memberi dan menerima wang.


Yang Kita Bicara:

Rupanya 'Pemilihan Parti (Juga) Satu (Lagi) Perniagaan'


Wednesday, December 24, 2008

Yang kita ... Jadi Apa?

Yang mana jadi abu yang mana jadi arang?




Yang ini akan jadi apa?



Yang Kita Dengar:

DS Shahrizat vs TS Rafidah untuk jawatan Ketua Wanita


Yang Kita Tahu:

Sekumpulan sokong sini. Sekumpulan sokong sana.


Yang Kita Bicara:

Yang mana jadi abu? Yang mana jadi Arang?

Monday, December 22, 2008

Yang Kita ....Bengang

TDM kata 'Pakai Otak la'
Pok Nik Kata ' Mu keno pikir la'
Politik Wang
Pertandingan dan Pemilihan adalah Perniagaan


Yang Kita Dengar:

Bekas Ketua UMNO Bahagian diberikan amaran, didapati bersalah

berkempen jawatan parti menggunakan blog.


Yang Kita Tahu:

Tugas lebih penting Jawatankuasa disiplin adalah membenteras politik wang


Yang Kita Bicara:

Kita malu bila parti kita nampak lebih mundur dan lebih bodoh. Pemimpin-pemimpin semakin bingong,bengang dan bangang. Kempen guna blog salah? Kempen politik wang tak salah? Rupanya bukan saja PERTANIAN ADALAH SATU PERNIAGAAN, PERTANDINGAN DAN PEMILIHAN JUGA SATU (lagi) PERNIAGAAN.

Sunday, December 21, 2008

YANG KITA ....UMNO..

Penan ni lagi advance dari kebanyakan ketua UMNO Bahagian2 dalam guna IT

Tapi kalau Karaoke tu boleh la! Eh! Sapa ni ? Macam kenal je?


Yang Kita Dengar:

Banyak



Yang Kita Tahu:

Lebih banyak


Yang Kita Bicara:

Setakat mana pemimpin UMNO kita ambil peduli tentang duinia IT? Dimana-mana blog PAS dan PKR juga lain-lain tumbuh menghentam kerajaan BN. Di Kawasan-kawasan parlimen bahkan di cawanga-cawangan parti lawan ada blog tetapi BN khususnya UMNO masih tidak peduli. Dengan kemudahan dan jentera yang ada mustahil ianya tidak dapat dilakukan. Masalahnya adalah semagat. UMNO khususnya pemimpin bukan lagi berjuang dengan semangat. Jika beginilah pemimpin kita, kemana kita / melayu selepas ini? (Baca disini) Jika orang melayu masih boleh mambaca – pemimpin juga belum tentu rajin (Baca disini)


Saturday, December 20, 2008

Yang Kita Hairan





Yang Kita Dengar:

TG Nik Aziz cadang Mat Sabu calon PRK P036 (Campuri urusan politik PAS Negeri Terengganu) (baca disini)



Yang Kita Tahu:

TG Nik Aziz kata tak campur urusan negeri lain ( Bila minta komen ternakan babi di Kedah)

Nik Aziz Bukan Lagi Penasihat PAS ? (baca disini)


Yang Kita Bicara:

TG Nik Aziz ni pun orang politik sentiasa berdiri atas kepentingan. Pendirian pun boleh berdasarkan kepentingan.

Wednesday, December 17, 2008

Yang Kita Jadi Bodoh Kenapa?





Yang Kita Dengar:

Yang biadab dan kurang ajar dianggap pejuang dan pembela (baca sini)


Yang Kita Tahu:
Kita pertahankan kepentingan Negara tetapi mereka pertahankan kepentingan bangsa mereka (baca sini)



Yang Kita Bicara:
Mereka yang khianati Negara dan bangsa kita tetapi menuntut diiktiraf sebagai perwira (baca sini)


Nota:

Komunis menentang Negara ketika awal kemerdekaan dan kini mereka menuntut pengiktirafan sebagai pejuang? MCA,Gerakan dan DAP bersepakat dalam isu kepentingan bangsa mereka. Dimana kesetiaan MCA dan Gerakan kepada BN? Sindrom pengurang ajar dan biadab dianggap pejuang menular ke parti politik dewasa ini. PDO promote pejuang PKRnya yang mewarisi semangat perjuangan Mat Kilau ??

YANG KITA DAPAT ADALAH KEHILANGAN





Yang Kita Dengar:

Mereka sering guris hati bangsa melayu (baca sini)

Yang Kita Tahu:
Mereka kata demi demokrasi dan persamaan hak

Yang Kita Bicara:
Mereka Guris Dan Menang (baca sini) dan (sini)
(Kerana bangsa melayu terlalu bertolak ansur, pemimpin melayu takut hilang sokongan dan pemimpin melayu yang mereka sokong menjual hak-hak melayu kerana ingin sokongan mereka - maka jadilah melayu bangsa yang tinggal dalam kerugian) (baca sini)

Tuesday, December 16, 2008

YANG KITA KESAL ..


Yang Kita Dengar:

PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS (baca disini)


Yang Kita Tahu:

Sebelum PAS ditubuh Islam dan tumbuh subur diserata dunia walaupun dinegara mereka tiada parti PAS (baca disini)

Yang Kita Bicara:

Tokoh politik bijak memainkan sentimen Agama – sebagaimana Ayah Pin dan Kerajaan Langitnya - pun tetap ada pengikut. Orang politik adalah sama. Permainkan politik cara sama – hanya bagi menarik pengundi mereka guna rhetoric ‘Islam’ Dalam parti peringkat atas mereka juga berbebut jawatan dan cantas mencantas – sama je macam UMNO.

(baca disini) dan (sini) dan (sini) dan (sini)



Monday, December 15, 2008

MALAYSIAN MALAYSIA DAN RACIST


Yang Kita Dengar:

PAS sokong PKR, PKR Sokong DAP dan DAP tolak ketuanan melayu dan hendak kesamarataan hak dalam konsep Malaysian Malaysia


Yang Kita Tahu:

Bila Dato' Mukhriz cadang persekolahan satu bahasa - Bahasa Kebangsaan @ Bahasa Malaysia dan hapuskan SKJ Cina dan Tamil. (kesamarataan dalam pembelajaran) Mati-matian mereka bantah (baca disini) dan (sini) dan (sini)


Yang Kita Bicara:

Tidakkah mereka ini yang racist ?


Sunday, December 14, 2008

YANG BERANI DAN YANG PENAKUT



Yang Kita Dengar:

Pemimpin melayu akan perjuangkan hak ketuanan


Yang Kita Tahu:

Bila didesak mereka jadi penakut (baca sini)

Yang Kita Bicara:

Ada seorang budak yang garang menghunus keris kemudian apabila didesak lalu memasukkan kepalanya seperti seekor kura-kura

Malay Town - Kuantan



Yang Kita Dengar:

Masalah yang menimpa para peniaga Melayu di Malay Town … masih lagi belum terbela … puak-puak UMNO hanya melihat kes ini sebelah mata


Yang Kita Tahu:

ini telah didedahkan oleh PDO


Yang Kita Bicara:

Ambillah tindakan selain dari bercakap. Cakap memang mudah.

POLITIK WANG


Yang Kita Dengar:
Pemimpin kata hindari politik wang (baca sini) dan (sini)
dan (sini)

Yang Kita Tahu:
Ramai pemimpin yang terlibat dalam politik wang (baca sini)

Yang Kita Bicara:
Berapa kita akan depat menjelang PAU Nanti